Masjid Portal
A Blessed Community Built Around Mosques

Buah Tangan Pesta Buku Antarabangsa KL 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur datang lagi.
Kali ini diawalkan sebulan ke bulan Mac.
Sudahkah anda bersedia untuk hadir ke acara tahunan gilang-gemilang bagi pencinta ilmu dan hikmah kehidupan?
Inilah Golden Globe kita, inilah Grammy Award kita…

Alhamdulillah, di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 kali ini, saya beroleh rezeki untuk berkongsi dua lagi buku terbaru buat pembaca [...]

Related posts:

  1. Buah Tangan Buah Fikiran II – Menjelang KLIBF09
  2. Buah Tangan Buah Fikiran
  3. Sesi Ramah Mesra di Pesta Buku

Murabbi Cinta, Seorang Nabi

“Kepalaku!” kata Aisyah.
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan Aisyah radhiyallaahu ‘anha baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi.
Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut.
Baginda menyedarinya.
“Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!” kata Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega.
Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah [...]

Related posts:

  1. Cinta Itu Bukan Cinta Paksaan
  2. Memperingati Kelahiran Nabi Muhammad SAW di RTM1
  3. Dia Pernah Mencintaimu

Malaysia Hari Ini (MHI) Sempena Maulid al-Rasul

Maulid al-Rasul tahun ini ada sedikit kelainan.
Ketika perarakan tiba-tiba menjadi isu yang dipolitik dan disensasikan, ia secara tidak langsung mendesak ramai bertanya, bagaimanakah sebenarnya maksud Maulid al-Rasul?
Sejujurnya, pagi ini saya merasakan kelainan yang menyerlah pada siaran Malaysia Hari Ini di TV3. Bersiaran seawal usai Solat Subuh, minit demi minit tepu dengan pelbagai topik yang melengkapkan [...]

Related posts:

  1. Sedutan Buletin Utama TV3 Sempena Maulid al-Rasul
  2. Bertemu di MHI TV3 Sempena Maal Hijrah
  3. Abu Saif @ Selamat Pagi Malaysia RTM1

Urdun Kulepaskan Dalam Kedamaian

Kenangan itu adakalanya mengundang senyuman.
Terkenang biri-biri menyagat badan di tembok kegatalan.
Hidung dicucuk bau hamis kencing keldai di lorong ke kedai roti.
Sesekali diganggu anak Arab yang comot penuh debu.
“Anta Kuri? Anta Yabani? Anta Shini?” tanya mereka.
Adakalanya berbunyi comel. Sesekali mahu juga disiku dahi.
Tetapi di celah-celah keindahan itu, ada segumpal perasaan yang sulit diungkapkan oleh kata-kata. [...]

Allah Akan Membuktikan Isi Hatimu

Besi cerucuk di atas banyak rumah di Jordan melambangkan sikap optimis tuan rumah. Ada rezeki, nanti tambah setingkat lagi…
“Bumi Jordan ini adalah sebahagian daripada apa yang disebut Allah alladzee baaraknaa haulahu!” saya berbicara bersama sekumpulan anak muda, mengisi masa.
Cuaca yang sejuk di Irbid memberikan rasa selesa untuk kami duduk rapat-rapat mengadap api pemanas.
“Dan mungkin salah [...]

Epal Busuk Hadiah Pengantin Baru

Sukar sekali mahu menjentik minda.
Lain yang diungkap, lain benar kefahamannya.
Mengupas sisi-sisi terlindung pada minda anak muda yang merancang untuk berumahtangga, sering menimbulkan reaksi yang lelah. Malah tidak kurang yang mencetuskan isu baru, seperti terhasilnya artikel yang anda sedang baca ini.

Ketika saya mengupas sisi-sisi negatif berkaitan dengan poligami, ada yang cepat membuat kesimpulan bahawa saya menafikan [...]

Tragedi Emosi Krismas

“Ustaz, apa hukumnya saya beli patung Santa Claus?” seorang pelajar bertanya selepas saya menghabiskan kuliah Hadith 40 malam itu.
Clinical Science Institute, NUI Galway, makmur dengan kehadiran pelajar Perubatan yang suka belajar agama.
“Err, kenapa awak nak beli patung tu?” saya menyoal kembali.
“Alaa, cutelah ustaz. Rasa sayang kalau tak beli. Murah-murah pula tu” jawab beliau.

“Emm, saya rasa [...]

Salam Aidiladha: Sekeping Hati Milik Ibrahim

kaabah-eid

“Selawat Allah ke atas junjungan Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana selawat-Mu ya Allah ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim,” bicara tasyahhud kita saban masa.
“Kami berpagi-pagian di atas fitrah al-Islam, dan kalimah al-Ikhlas, dan agama Nabi kami Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam, dan di atas jalan agama Ibrahim yang Haneef, tidak sekali-kali baginda itu dari kalangan [...]

Related posts:

  1. Selamat Hari Raya Aidiladha
  2. Aidiladha: Satu Kekurangan Seribu Kelebihan
  3. Salam Muhibbah Dari Bumi Syam

Merebut Saham Anak Muda

DSC_1719

“Para pelajar hanya mengikut perasaan. Tapi ingat, kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga!” seorang guru persatuan berucap di pentas.
Beliau memperlekeh pandangan-pandangan anak muridnya yang mengkritik pihak atasan. Segalanya dipukul rata sebagai pandangan semangat tanpa sokongan ilmu apatah lagi pengalaman.
“Ghurur!” kata sesetengah orang.
Perbuatan meremehkan orang muda bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kita. Anak-anak [...]

Related posts:

  1. Dosa Kita Mengatasi Kesalahan Anak-anak
  2. Jangan Remehkan Keselamatan Anak-anak
  3. Pilihanraya dan Kemusykilan Minda Muda

Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan – II

ayahandaperjuangan

source
ISLAM memimpin perubahan.
Tetapi MUSLIM itulah yang merealisasikan slogan tersebut.
Justeru cita-cita PAS untuk memimpin perubahan yang sedang pesat melanda kehidupan semasa kita, amat bergantung kepada sejauh manakah integriti dan daya kompetensi pendukungnya yang MUSLIM itu.

Sesungguhnya tidak mudah untuk mengendalikan sebuah gerakan sebesar PAS di Malaysia. Dengan keahlian mencecah sejuta, sebahagiannya menyertai PAS dengan kefahaman Tarbiyah, manakala [...]

Related posts:

  1. Menjernihkan Perubahan PAS – DAP
  2. Bekerja Untuk Melihat Apa Yang Kita Percaya
  3. Yusuf Memimpin Dengan Kualiti dan Pengaruh

Khutbah: Kemerdekaan Diri di Aidilfitri

minbar

FORMAT PDF UNTUK CETAKAN KHATIB

Allah Maha Besar, Allah Maha Agung, Allah Maha Segalanya. Allahu Akbar, Wa Lillaahil Hamd.
Sidang Jamaah Muslimin dan Muslimat, rahimakumullah,
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang hadirin sekalian, agar TAQWA yang dijana di bulan Ramadhan, jangan disia-siakan. Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar TAQWA dan jangan sekali-kali mati, kecuali dalam keadaan dirimu Muslim [...]

Related posts:

  1. Khutbah Jumaat: Ramadhan Menamatkan Perhambaan Diri
  2. Aidilfitri: Meraikan Islamnya Kita
  3. AIDILFITRI – Siapa ‘Aideen dan Siapa Faaizeen?

Ramadhan Merawat Latah Pendakwah

ceramah.jpg

“Saya rasa serban yang dipakai itu hanya mengongkong pemikiran. Jumud!” kata seorang lelaki.
“You’re Muslim, damn you must be the one from Osama Fan Club!”, lagak seorang ‘mat saleh’ penuh angkuh.
“Ooi bodoh! Berapa kali aku nak panggil engkau. Sini la!” jerit seorang pelajar yang senior setahun.
Mustahil telinga tidak berdesing mendengar komen-komen di atas. Rasa terhiris dan [...]

Related posts:

  1. Dilema Istiqamah Pasca Ramadhan
  2. Nota Ringkas: Mengapa Ramadhan Tidak Berkesan?
  3. Merawat Suami Bisu

Saya, Amin Idris dan Magnet Diri

Basic CMYK

“Jawatan dan status penting, tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam sudah jadi orang penting sebelum memegang apa-apa jawatan lagi,” saya membuat penegasan kepada seorang pemimpin mahasiswa kampus.
“Misalnya?” soal beliau.
“Ketika Hajar al-Aswad mahu diletakkan kembali ke binaan baru Kaabah pasca banjir besar di Mekah, penduduk memilih Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam sebagai penyelesai konflik. Tentu anta [...]

Related posts:

  1. Maaf Saya Tidak Suka Buku Ustaz!
  2. Anthony Mencari Muhammad Amin
  3. Saya Tidak Suka Buku Ustaz Sebab…

Selamatkan Uda dan Dara Dengan Hikmah Puasa

b0165

“Ustaz, rasanya saya ni memang dah sampai ke tahap wajib untuk kahwin,” kata seorang mahasiswa.
“Kalaulah anta juga sudah memang sampai tahap wajib berjihad!” saya mengusik.
“Err…” beliau kebingungan.
“Ana gurau je. Apa yang membawa anta berjaya sampai ke tahap wajib kahwin ni?” saya mengajak beliau kepada diskusi.
“Ye lah, hari-hari terserempak di kuliah. Hari-hari terserempak di kafe. Susah [...]

Related posts:

  1. Selamatkan Rumahtangga Dengan Hikmah Puasa
  2. Puasa Yop, Puasa!
  3. Belajar Hikmah Cara Socrates

Selamatkan Rumahtangga Dengan Hikmah Puasa

5FB53-squeeze

“Ya Allah, susah sangat ke nak picit ubat gigi ni elok-elok?” rengus si suami.
Geram melihat tiub ubat giginya penyek-penyek dipicit isteri. Dia memicit ubat gigi itu dengan tertib, dari bawah ke atas.
Kemas.
Si isteri pula memicit sesuka hati.
Setiap pagi kerja si suami ialah membetul dan mengemaskan tiub ubat giginya yang penyek di sana sini.
“Hishh, geramnya aku. [...]

Related posts:

  1. Selamatkan Uda dan Dara Dengan Hikmah Puasa
  2. Mencari Hikmah di Sebalik Musibah
  3. Puasa Yop, Puasa!

Nota Ringkas: Mengapa Ramadhan Tidak Berkesan?

slide1e

“Mengapa Ramadhan tidak berkesan?” soalan yang diamanahkan kepada saya untuk mengupasnya.
Ringkas, tetapi jawapannya bukan mudah.
Kita mengalaminya. Dalam segala janji Allah, galakan dan kemudahan-Nya untuk kita beribadah, kita sering tidak mencapai impian. Jarak di antara diri idaman menjelang Syawwal berbanding diri sebenar, selalu jauh bagai timur menggamit barat.

Mengapa?

Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah memberikan friendly reminder, bahawa [...]

Related posts:

  1. Koleksi Artikel Persiapan Menjelang Ramadhan
  2. Coretan Ramadhan Di Hari 1
  3. Bercadang Untuk Tidak Berpuasa

Kenangan Terhalal

2571

“Ustaz tidak pernah bergaduh dengan isteri?” tanya sahabat saya.
“Bergaduh yang macam mana?” saya menoleh kepadanya.
Perjalanan ke lokasi program masih jauh. Masih banyak masa untuk berbual dan bertukar kisah. Kalau boleh, biarlah kisah yang boleh mencelikkan mata.
“Bergaduh. Bertengkar atau salah faham. Tak semestinya sampai baling-baling senduk dan tudung periuk,” jelas beliau.
“Tak ingat kata P. Ramlee?” saya [...]

Related posts:

  1. Ladbroke Grove Dalam Kenangan
  2. Kenangan (Penangan) Bumi Kangaroo
  3. Kenangan Luar Biasa

Pengantar Sejarah Islam: Kisah Ashaab al-Kahf

ashabulkahfi01

Hampir seminggu saya tidak mengemaskinikan blog. Tempoh paling lama blog ini tidak diisi dengan bahan yang baru.
Biar pun semangat masih tinggi dan membara menyambut kedatangan cahaya mata keempat, baru tersedar yang usia sudah memanjat tangga senja, kudrat tidak sehebat pengalaman menyambut anak pertama, kemudian kedua dan kemudian ketiga.
Saya tidak mahu pengunjung ‘membayar masa’ yang merupakan [...]

Pengajian Islam Sudah Tidak Relevan?

talaqqi

Tiada siapa menafikan.
Ilmu agama pada hari ini sangat mudah diperolehi. Segalanya berada di hujung jari.
Tidak perlu lagi bermusafir ribuan batu untuk menyemak status riwayat yang diperolehi, kesusahan itu sudah banyak dihilangkan oleh kemudahan-kemudahan yang terhasil dari kecerdikan manusia berfikir dan bekerja. Terima kasih kepada segala kemudahan ini. Bermula daripada bekalan elektrik, alat elektrik, surat elektronik [...]

Khutbah Jumaat: Impian Umar Terhadap Anakmu

ajaranakdoa

Sidang Jumaat rahimakumullaah,
Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!” Salah seorang daripada mereka berkata, “impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”
Kemudian ‘Umar berkata lagi, “nyatakan harapan kamu!” Seorang lagi sahabat [...]

Suapan RSS
Masukkan email anda:


Sila periksa emel dan "verify" langganan anda

Iklan Percuma (promosi terhad)



Klik sini dan nyatakan detail iklan anda. Letak "iklan" dalam subjek.

Hantarkan teks iklan atau URL untuk banners. Saiz banner maksimum 234x60 pixel.

Video Ceramah Pilihan


Video Musik Pilihan

Perisian Percuma/Gratis

Pengunjung Setia

Sahabat Twitter

snapon3
leipaper69953
zailani777
vemma_im
CadeArnel
javanesia
comrade_merk
ScottCanCook
Comrade_Seva
Weibchen
pastipher_i
twitt_erfolg_de
JakeAThompson
BarCampSF
Darrell_A_Smith
AFasterPC
Fl_Broker
CreightonRealty
xinghailiang
HotStory
PastorCortes
CommissionSurge
Erika1Sanchez
spiritualawe
FlowerOfTheDead
rajae
franciscogarcez
LeeEditions
donna_wright15
ipoes2009
TheTvHangman
DietingZone
IQ_Doktor
SmartTipps
oatapps
Rezeptideen
cheapcurts
pc_4u
masjidmap
tari_milanisti
4xalert
AffiliateDreams
Health_Coach
toonga
Crescentrating
Friends: 764 Followers: 673